Monday, November 28, 2011

Pindaan AUKU 1971


Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang sering menjadi igauan dan penjara besi kepada pemikiran mahasiswa dan mahasiswi di negara Malaysia sejak sekian lama akhirnya telah dipinda setelah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Pada 31 Oktober 2011, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak sah dan mencabul hak kebebasan untuk bersuara.

Dalam pada itu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, keputusan kerajaan untuk meminda seksyen itu menunjukkan bahawa kerajaan mengiktiraf hak yang dijamin oleh perlembagaan negara untuk mahasiswa menjadi ahli dalam parti politik.

Pindaan ini merupakan satu khabar berita baik kepada para pelajar universiti dan kolej universiti di Malaysia kerana bakal memberi ruang kepada mahasiswa untuk bergerak aktif dalam politik termasuk kemungkinan memegang jawatan dalam mana-mana parti politik. Tahniah diucapkan atas segala perjuangan dan pengorbanan mereka yang bersama-sama berganding bahu dalam membantah Akta AUKU 1971.

Ramai yang masih tidak berapa tahu apa sebenarnya itu AUKU atau Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Akta ini diwujudkan adalah bertujuan untuk membuat peruntukan bagi menubuhkan, menyelenggara dan mentadbir Universiti dan Kolej universiti, dan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya.

Pada skop realitinya, Akta AUKU adalah satu akta yang menyekat kebebasan para pelajar untuk bersuara, dan menunjukan daya kreativiti dan inovatif mereka. Begitu juga dari sudut badan pengajar, pensyarah atau tutor kerana mereka terikat dgn akta yg menyekat kebebasan intelektual ini.

Hasil dari Akta Auku 1971 ini sebenarnya hanya akan melahirkan siswa dan siswi yang mempunyai jiwa yang memberontak, mulut yang terkunci dan tangan yang diikat. Kata-kata dan syarahan pensyarah juga perlu berhati-hati sewaktu di dalam kelas atau di dewan kuliah. Pengajaran ilmu menjadi amat terhad dan tidak berpaksikan kepada realiti.

Di Malaysia, ramai mahasiswa dan mahasiswi belajar di peringkat universiti hanya untuk mendapatkan segulung ijazah. Ada pula yang belajar hanya untuk membanggakan ibu bapa mereka sahaja. Dan kini ia lebih pada mengikut trend semasa. Contohnya selepas pelajar tamat pengajian SPM, mereka terus menyambung pengajian ke peringkat Universiti atau Kolej dan seterusnya masuk ke alam pekerjaan. Dan hasilnya, apa yang mereka belajar pun mereka sendiri tidak tahu.

Sedangkan Universiti dan Kolej atau apa pun jenis institusi pengajian itu ditubuhkan ialah bertujuan untuk memberi peluang kepada seseorang menuntut ilmu, bukan hanya sekadar belajar untuk mendapatkan kerja. Tetapi ianya juga untuk membentuk jiwa dan diri seseorang dalam kehidupan harian serta gaya pemikiran mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Walaubagaimanapun, dengan keputusan ini diharap mahasiswa dan mahasiswi Malaysia dapat mengunakan peluang tersebut dengan sebaiknya dan tidak menyalahgunakan akta tersebut. Ini kerana kampus bukanlah tempat untuk berpolitik, tetapi landasan untuk menuntut ilmu dengan sebanyak yang boleh. Jika mahasiswa hendak berpolitik, di luar kampuslah tempatnya.

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H


الســـلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sempena kedatangan tahun Hijrah ini, Kelab Wawasan UIAM mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433, semoga pada tahun ini kita mendapat kurniaan rahmat dan nikmat yang berpanjangan daripada Allah SWT dari dunia hingga ke akhirat. Dengan tema “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” semoga kita semua kekal di dalam petunjuk dan hidayahNya, sentiasa di dalam keredhaanNya, dimantapkan iman, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan, diwaraskan akal fikiran dan kekal dalam peliharaan Allah SWT.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
(Al-Baqarah:218)

Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: “Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...” (An-Nisaa:100)

Dari Abdullah bin Mas’ud, katanya:”Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiap-tiap Nabi yang diutus sebelum saya mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat-sahabat yang terpilih dari umatnya masing-masing; mereka itu berpegang kepada contoh Nabinya dan menuruti perintahnya; kemudian setelah zaman itu berlalu mereka disambung oleh generasi yang hanya pandai berkata, tetapi tidak bekerja,dan bekerja tetapi tidak menuruti pedoman-pedoman Nabinya. Sesiapa menentang kaum itu dengan kekerasan, mu’minlah ia, menentangnya dengan perkataan, mu’min pula, dan menentangnya dengan hatinya mu’min juga; dan telah habislah iman dari orang-orang yang tidak menentang kemungkaran, walaupun dengan hatinya.” (Riwayat Muslim)

Sunday, November 20, 2011

Dilema Melayu Era Globalisasi



ADA sebuah sajak pendek yang ditulis oleh Lord Byron perihal bangsa Yahudi. Maksudnya lebih kurang begini: kelinci (arnab) ada sarangnya, iaitu di dalam lubang bawah tanah. Burung merpati pun punya sarangnya yang kecil di atas pokok. Tetapi bangsa Yahudi tidak memiliki tanahair. Sajak ini semestinya dikarang sebelum kewujudan negara haram Israel pada tahun 1948.

Sajak ini menunjukkan betapa pentingnya tanahair untuk sesebuah bangsa. Yahudilah, sebelum wujud negara Israel, satu-satunya bangsa yang tidak memiliki negara yang sah dalam sejarah moden. Mereka adalah bangsa yang bertebaran di mana-mana ceruk dunia.

Malaysia, dulunya Semenanjung Tanah Melayu, dalam sejarah zaman moden adalah dihuni oleh kaum Melayu. Bumiputera Melayu adalah tuan kepada negara ini. Sama ada Melayu itu asalnya dari benua manapun, bukan persoalan. Sejarah zaman moden mengesahkan orang-orang Melayu adalah penghuni asal Malaysia selain kaum-kaum orang asli di pedalaman, sebelum disertai imigran Cina dan India yang dibawa masuk oleh penjajah Inggeris untuk bekerja di ladang atau di lombong-lombong. Untuk dikatakan Cina adalah penghuni asal Malaysia, semua mengetahui fakta ini adalah salah. Orang Cina mempunyai susur-galur nenek-moyang mereka di negara China. Orang India pula mempunyai India sebagai negara asal.

Tulisan ini bukan bermaksud menyuburkan benih perkauman. Tulisan ini diharap rasional untuk menilai masalah Melayu di Malaysia hari ini dan pada masa-masa akan datang, juga masa depan Malaysia.

Benar, bumi yang luas ini adalah milik Allah swt. Bagi ulama-ulama yang menyertai politik, semua bangsa tidak harus dibezakan. Islam tidak membezakan warna kulit atau bangsa, tetapi ketakwaan. Semua manusia adalah sama, makhluk ciptaan Allah swt. Kenyataan ini kelihatan harmoni dan adil.

Melayu adalah kaum bumiputera. Orang Melayu mempunyai hak-hak keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Adalah kontradiksi jika Melayu harus mempertahankan hak mereka sebagai tuan rumah. Konsep bertahan begini adalah negatif. Dalam permainan bolasepak, bertahan adalah lemah. Sepatutnya hak tuan rumah sudah terjamin kukuh. Hak tetamulah yang harus dipertahankan.

Jawapan kepada ulama-ulama politik, bahawa bumi ini adalah milik tuhan untuk semua, adalah sebuah perumpamaan yang akan dikemukakan nanti. Memang apa yang dikatakan ulama ini adalah tepat. Tetapi ini adalah berlawanan dengan konsep hakmilik dalam Islam. Dalam Islam, kita percaya tuhan yang menciptakan pokok. Tetapi jika pokok itu tumbuh dalam kebun orang, kita wajib meminta izin tuan pokok itu untuk mengambil hatta sehelai daun pokok sekalipun.

Perjuangan orang Melayu mempertahankan hak mereka memanglah perjuangan kebangsaan. Tetapi perjuangan ini bukanlah berlawan dengan nilai-nilai agama. Kecuali jika kita merampas hak bangsa lain atas nama perjuangan kebangsaan, itu dikira assabiyyah yang ditolak agama.

Sepatutnya hak-hak keistimewaan bumiputera dimansuhkan, dan digantikan dengan hak-hak keistimewaan bukan bumiputera. Perkara yang sama, seperti segelas air yang separuh kosong atau segelas air yang separuh berisi. Misalnya jika selama ini quota bumiputera adalah 70%, maka harus diubah kepada hak keistimewaan bukan bumiputera adalah sebanyak 30%.

Benar, kaum bukan bumiputera yang banyak memajukan ekonomi negara ini. Ini diakui kerana golongan pendatang memiliki ketahanan dan disiplin yang tinggi. Kuala Lumpur pada asalnya dimajukan oleh kapitan Yap Ah Loy. Mereka berasa terancam dan berusaha gigih untuk survival mereka, sebaliknya kaum Melayu kekal dalam zon selesa. Jika benarpun kaum bukan bumiputera bijak berdagang, kita jangan lupa siapa yang mengayakan mereka. Kaum Melayu yang majoritilah yang menjadi pelanggan mereka. Perdebatan ini akan menjadi panjang dan tidak akan selesai.

Dalam keadaan politik Malaysia hari ini, keadaan adalah genting dan bahaya. Melayu yang gagal dalam ekonomi, berkemungkinan akan kehilangan kuasa politik atau terpaksa berkongsi kuasa dengan bukan bumiputera. Melayu mungkin mengulangi kisah jenaka Pak Kaduk atau mengulangi sejarah kesultanan Melayu Melaka.

Sekarang orang Melayu menentang kerajaan yang dominan Melayu yang dituduh korupsi dan sebagainya. Dakwaan ini banyak yang benar. Kerana inilah orang Cina dan India bersama orang Melayu bersatu menentang kerajaan. Jika kerajaan yang ada hari ini tumbang, apakah tidak timbul masalah? Kita harus rasional mengakui bahawa pakatan pembangkang mempunyai dasar parti yang berbeza, bahkan bertentangan. Mereka hanya memiliki musuh yang sama. Tiada kesepakatan yang besar tentang bentuk negara yang bakal ditubuhkan nanti. Kerana Melayu telah berpecah dua, pembangkang Melayu terpaksa mengharapkan sokongan kaum lain untuk menentang kerajaan. Ini akan mengakibatkan Melayu akan terpaksa berkongsi kuasa dengan bukan Melayu.

Mungkinkah juga akan berlaku perebutan ghanimah (harta rampasan perang)? Jika pembangkang Melayu ini tidak dapat melaksanakan isi-isi dasar yang mereka perjuangkan sejak berpuluh-puluh tahun dulu, di situlah masalah baru akan bermula, yang tiada dinding dapat menahannya. Di situlah akan bermulanya keruntuhan Melayu. Melayu akhirnya akan cuma menjadi kayu hulu kapak untuk menebang pokok kayu.

Hakikatnya, Melayu yang berkuasa telah menyalahgunakan kuasa. Melayu yang ditindas telah bertindak melawan seperti marahkan nyamuk, kelambu di bakar. Kerana marahkan kerajaan yang zalim, janganlah kita sanggup meruntuhkan negara dan bangsa sendiri. Akan tetapi, Jika dibiarkan kerajaan yang korup ini, maksiat dan kemungkaran terus bermaharajalela. Janganlah nanti yang dikendong berciciran, yang dikejar tidak dapat. Inilah persimpangan dan dilema orang Melayu.

ihsan ibnuhusayn.blogspot.com

Thursday, December 10, 2009

Renungkan Saudara Seagamaku

ISLAM DIHINA DI MALAYSIA

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-puan tau diorg minta apa kat PM?...
Diorg send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam erlembagaan Malaysia.
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sam pai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada' kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam..

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?....Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ? ....lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?....Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'....Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.

LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM.....

written by Deen Mad (z_danz@yahoo.com)

Friday, October 16, 2009

Melayu Hari Ini?

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan , dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram , rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu pun nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu
Asal bergaye sanggup makan nasi dan tokyu

Boleh tak jumpa Melayu
di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada jugak tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa Melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu

Wahai anak bangsaku,
renung-renungkanlah kata-kataku ini....