
الســـلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sempena kedatangan tahun Hijrah ini, Kelab Wawasan UIAM mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433, semoga pada tahun ini kita mendapat kurniaan rahmat dan nikmat yang berpanjangan daripada Allah SWT dari dunia hingga ke akhirat. Dengan tema “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” semoga kita semua kekal di dalam petunjuk dan hidayahNya, sentiasa di dalam keredhaanNya, dimantapkan iman, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan, diwaraskan akal fikiran dan kekal dalam peliharaan Allah SWT.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
(Al-Baqarah:218)
Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: “Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...” (An-Nisaa:100)
Dari Abdullah bin Mas’ud, katanya:”Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiap-tiap Nabi yang diutus sebelum saya mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat-sahabat yang terpilih dari umatnya masing-masing; mereka itu berpegang kepada contoh Nabinya dan menuruti perintahnya; kemudian setelah zaman itu berlalu mereka disambung oleh generasi yang hanya pandai berkata, tetapi tidak bekerja,dan bekerja tetapi tidak menuruti pedoman-pedoman Nabinya. Sesiapa menentang kaum itu dengan kekerasan, mu’minlah ia, menentangnya dengan perkataan, mu’min pula, dan menentangnya dengan hatinya mu’min juga; dan telah habislah iman dari orang-orang yang tidak menentang kemungkaran, walaupun dengan hatinya.” (Riwayat Muslim)
0 komentar:
Post a Comment