WARISAN
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang
(Dua rangkap di bawah tidak dinyanyikan lagi kini)
*Kita rumpun bangsa Melayu
Menganut Agama Yang Suci
Semangat Bangsa Berlandaskan Islam
Teras capai kemerdekaan
*Dari masa hingga masa
Petualang menghancurkan Bangsa
Alatkan Agama Demi Peribadi
Pupus kita di bumi Ilahi
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Bangunlah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara
* Semoga bait-bait lagu ini dihayati dengan pandangan terhadap nasib bangsa Melayu secara jujurnya. Tanpa perlu dikaitkan dengan ideologi politik atau agenda individu. Kita adalah Melayu dan Melayu adalah kita!
Klik untuk download
Thursday, June 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dari kaca mata saya ..
ReplyDeleteRangkap pertama mengingatkan saya bagaimana kehidupan pewaris bangsa Melayu di masa hadapan. Hilang arah, hilang pedoman, hilang identiti, hilang maruah, kesudahannya penyesalan tak sudah.
Rangkap kedua mengimbau kenangan silam kegemilangan bangsa Melayu. Namun diingatkan mengenai sifat dan naluri manusia, busuk hati dengki iri hati. Walaupun sesama bangsa sendiri, ia tidak mustahil. Adakah sejarah akan berulang? ya .. dan yang paling penting cinta semangat keMelayuan semakin terhapus, terkakis, terkikis, terhakis. Generasi pewaris bangsa Melayu semakin lupa mereka adalah Melayu dan siapa sebenarnya Melayu ..
Rangkap ketiga kita leka dengan apa yang kita ada sehingga kita menjadi rugi. Kemewahan sedia ada, kesenangan yang mendamaikan. Tidak perlu menunding jari ke arah orang lain. Kita sendiri sebenarnya adalah sebahagian mereka yang rugi. Seperti yg termaktub di dalam surah al-'Asr.
Rangkap keempat sejarah membuktikan bagaimana suatu bangsa itu dengan mudah terus lenyap ditelan zaman. Adakah nasib melayu begitu? Dengan megah kita berkata Melayu masih banyak. Tetapi pernahkah kita mendifinisikan istilah Melayu itu? Adalah kita cukup keMelayuannya? 'Hilang' bererti 'Lenyap' dan adakah ia tertakluk sebagai suatu yang bersifat fizikal?
Dua rangkap yang tidak dinyanyikan kini berkaitan dengan agama Islam. Melayu adalah Islam. Suatu warisan yang wajar dipandang mulia. Tetapi ada segelintir yang cuba mencipta sejarah keluar dari kebiasaan. Ingin mencipta sesuatu yang baru. Melayu tidak semestinya lahir sebagai Islam. Hakikatnya benar. Melayu KINI lahir tidak semestinya sebagai seorang Islam. Kenapa? Kerana masyarakat Melayu itu sendiri. Hakikat yang pahit tetapi Melayu KINI tidak lagi lahir sebagai seorang ISLAM. Fikirkan ..
Rangkap seterusnya menggambarkan senario KINI. Kita masih berkuasa. Ya jawatan PM masih milik kita. Namun hakikat sebenar adalah menyedihkan. Tidak perlu saya nyatakan betapa sebenarnya 'kuasa' itu adalah pada nama.
Rangkap terakhir mengumpulkan kembali semangat kita agar tidak terleka dan segera bangkit demi bangsa Melayu. Tetapi saya terus kecewa. Kerana Melayu tidak pernah 'berjanji dengan masa'. Berani saya katakan Melayu sangat lemah dalam pengurusan masa, sehinggakan timbul istilah 'Janji Melayu'. Saya malu dan kecewa. Dan saya masih berharap agar kita bersama dapat menjaga masa. Agar Melayu tidak terus dibuai dengan mimpi indah.
Secara peribadi saya merasakan lagu Warisan adalah satu lagu ang terbaik. Mampu mengaitkan senario dulu dan kini. Menyentuh perasaan. Mengingatkan. Menyedarkan. Dan membangkitan!!
Semoga kita sentiasa ingat kita bukan memegang nama pemeberian ibu bapa kita sahaja. Sebaliknya kita memegang identiti MELAYU! maruah MELAYU! warisan MELAYU!
Salam penulisan,
AMIRUL HAZIQ NOORDIN
.. tambahan ..
ReplyDeleteJangan kita sibuk menyalahkan pihak lain ..
Tidak perlu membuka pekung pihak lain ..
Tidak perlu bersangka buruk / prejudis terhadap phak lain ..
Sebaliknya adalah lebih elok jika kita melihat diri kita sendiri ..
Membangunkan diri kita sendiri ..
Memperbaiki diri kita sendiri ..
Bersatu sesama kita sendiri ..
Dari dalam kita lahirkan semangat .. Sehingga ke luar lahirnya semangat ..
"Tidak Melayu Hilang Di Dunia"