[dari bahagian 1]
Generasi Melayu Muda Malaysia - Bahagian 2
Bahagian pertama merupakan pembuka bicara bagi mengenalpasti harta dan penyakit yang akan diturunkan kepada generasi melayu muda Malaysia. Bahagian kedua pula akan membawa kita mengenali generasi muda pewaris bangsa ini.
Penulis ingin mengupas proses pembesaran generasi pewaris negeri, semenjak dari dalam kandungan. 9 bulan adalah tempoh pembesaran di dalam perut ibu. Dalam tempoh 9 bulan ini sebenarnya ibu memainkan peranan yang sangat penting kepada kandungannya. Penulis berani mengatakan anak yang dihasilkan adalah hasil daripada pembetukkan bukan sahaja ketika ‘bersama’ tetapi setelah ‘bersama’.
Proses ‘bersama’ adalah penyatuan dua entiti yang berbeza. Setiap entiti membawa genetik atau DNA yang tersendiri. Dan hasil daripada penyatuan ini melahirkan satu entiti baru gabungan kedua-dua entiti tersebut.
Dari sini kita dapat mendengar, ‘anak serupa bapa’, ‘tidak tumpah kuah selain ke nasi’, ‘bapa borek anak rintik’, dan berbagai perumpaan yang dihasilkan orang tua kita.
Tetapi bukan DNA sahaja yang mengesahkan perumpaan ini. Sebenarnya siapa ibu bapa anak tersebut juga memainkan peranan menetukan siapa anak mereka kemudian hari. Kita lihat bagaimana ibu bapa memainkan peranan mereka terhadap anak di dalam kandungan.
Contoh yang paling mudah adalah dari segi pemakanan. Penulis pernah diberitahu pemakanan memainkan peranan penting terhadap anak di dalam kandungan. Pemakanan yang seimbang oleh ibu yang mengandung digalakkan bagi memastikan anak kandungan memperoleh zat dan nutrisi yang diperlukan untuk perkembangan jasad mereka.
Selain makanan, ‘sentuhan’ ajaib oleh ibu bapa amat diperlukan oleh anak kandungan. Masyarakat Barat menggalakkan ibu mengandung mendengar bunyian okestra yang mendamaikan bagi memperoleh ketenangan bagi jiwa si ibu. Bagi anak kandungan pula ia akan mempercepatkan proses penggabungan sel-sel otak di dalam kepala. Hasilnya anak mereka akan lebih pantas berfikir kesan daripada penjanaan sel otak yang aktif. Di dalam Islam sendiri ibu mengandung digalakkan membaca al-Quran bagi ketenteraman jiwa si ibu dan memperdengarkan ayat-ayat suci tersebut kepada si anak kandungan.
Dua contoh di atas, pemakanan dan ‘sentuhan’ ajaib adalah di antara proses yang membantu pembesaran anak di dalam kandungan.
Isu pemakanan mungkin dipandang mudah ibu bapa ‘muda’ kini. Mereka beranggapan makanan seimbang sahaja sudah mencukupi. Tetapi itu adalah secara zahirnya. Islam menekankan pemakanan itu dari segala segi. Keseimbangan dan khasiat, dan yang paling utama kesucian sumber makanan tersebut. Makanan dari sumber yang haram menghasilkan darah daging yang haram. Masyarakat kini diselubungi sumber-sumber haram seperti duit rasuah, perniagaan haram, riba, dan sebagainya. Jadi apakah kita ‘menghasilkan’ anak yang diselaputi daging yang haram? Kerana itulah pentingnya kita sebagai seorang Muslim memastikan kesucian makanan yang dijamah secara zahir dan juga batin.
‘Sentuhan’ ajaib pula biasa dirujuk sebagai sentuhan ibu bapa kepada anak sewaktu di dalam kandungan. Komunikasi antara ibu bapa dan si anak kandungan. Suatu pertalian istimewa yang dapat mengikat kasih sayang sesama keluarga. Namun terdapat juga ibu bapa yang memberikan contoh tidak baik terhadap anak di dalam kandungan mereka. Perselisihan faham suami isteri, keperibadian si isteri, buruk laku si suami, dan pelbagai persekitaran yang kurang elok ‘dipersembahkan’ kepada anak di dalam kandungan.
Penulis melihat ibu bapa ‘muda’ kini semakin kurang ‘sentuhan’ ajaib mereka. Penulis pernah melihat di kaca TV, si ibu mengandung sanggup gagah berdiri di bawah sinaran mentari menghadirkan diri ke karnival ‘suka heboh’, dan di siaran radio penulis pernah mendengar bagaimana begitu bersemangat si ibu yang baru mengandung ingin menghandiri konsert ‘suka heboh’ di malam hari, bertemankan anak kecil yang lain, bersokongkan suami tercinta.
Penulis lantas terfikir, adakah ini ibu bapa berjiwa ‘muda’? Sungguh sporting!! Dan penulis terus terfikir adakah kelak apabila si ibu ingin bercerita kepada si anak kecil nya, “... dulu ibu sanggup berpanas bawa kamu di dalam perut ke karnival bla bla bla ..”. Berbanding zaman dahulu, “...dulu ibu sanggup bawa kamu di dalam perut ke tempat kerja mencari rezeki untuk beri kamu makan bla bla bla ..”.
Dari situ kita mungkin dapat berfikir, setakat mana pengorbanan si ibu ‘muda’ ini. Dan jika kita dapat berfikir, bagaimana pula dengan si anak kecil tersebut?
Proses pembesaran anak kecil pewaris bangsa negara ini akan diteruskan dengan melihat kepada pembesaran setelah dilahirkan melihat dunia sebelum pandai berbicara.
Akan dibincangkan dalam bahagian 3 ...
AMIRUL HAZIQ NOORDIN
Naib Presiden I
KELAB WAWASAN UIAM
Friday, June 05, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah2..hebat mr vice president aku ni.good job bro
ReplyDeleteterima kasih mr president ..
ReplyDeleteini hanya lah untuk renungan kita bersama ..
jika kita terlupa yang lain mengingatkan ..
melayu kan mudah lupa =)
tahniah saudara vp 1. artikel yang bagus. :)
ReplyDelete